DEFINISI TAKAFUL
Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ia memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara.
KONSEP TAKAFUL
Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awam (saling bekerjasama).
Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan.
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain"
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.
JENIS-JENIS KONTRAK MUAMALAT DALAM INDUSTRI TAKAFUL
Terdapat pelbagai jenis kontrak dalam muamalat Islam. Antara kontrak yang biasa digunakan dalam takaful adalah:
a) Tabarru' - bermaksud menderma atau memberi hak milik secara percuma. Dalam operasi takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan takaful mestilah dengan niat yang ikhlas menyumbang (tabarru') sebahagian tertentu dari sumbangan atau caruman bagi membantu peserta-peserta lain yang menghadapi musibah. Dalam industri takaful, tabarru' yang diperkenalkan ialah tabarru' bersyarat.
b) Mudharabah - merupakan kontrak perkongsian yang mana modal daripada satu pihak dan usaha daripada pihak yang lain. Ia melibatkan pemodal (peserta takaful) dan pengusaha (pengendali takaful). Modal di sini merupakan sebahagian tertentu sumbangan atau caruman daripada peserta takaful. Usaha pula melibatkan pengembelengan sebahagian tertentu sumbangan atau caruman dalam aktiviti-aktiviti pelaburan.
c) Wakalah - bermaksud penyerahan tanggungjawab yang ada pada seseorang (muwakkil) kepada seseorang yang lain (wakil) dengan lafaz tertentu agar wakilnya itu menguruskan segala tanggungjawab yang diwakilkan.
Dalam industri takaful, pengendali takaful dilantik sebagai wakil oleh peserta. Pengendali takaful (wakil) akan menjalankan tanggungjawab dengan menyumbang segala kepakarannya untuk memastikan segala tugasan yang diwakilkan kepadanya itu dilaksanakan dengan sempurna.
Kedua-dua pihak yang berkontrak iaitu peserta dan pengendali takaful terikat di antara satu sama lain dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
d) Qardh Hasan - merupakan pinjaman kebajikan di mana peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa apa-apa bayaran tambahan. Peminjam walau bagaimanapun boleh bahkan digalakkan mengikut budi bicaranya untuk membayar lebih daripada apa yang dipinjamnya. Prinsip ini adalah satu-satunya kontrak pinjaman yang dibenarkan oleh syarak dan tujuannya adalah semata-mata untuk keadilan sosial dan ekonomi.
Dalam industri takaful, pinjaman Qardh Hasan akan diberikan oleh pemegang saham sekiranya berlaku defisit dalam Kumpulan Wang Takaful.
e) Hibah - bermaksud memberi milik sesuatu barangan kepada seseorang.