Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip syariah. Kami turut memberi keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Kami percaya kepada falsafah "memudahkan urusan perniagaan" kepada rakan perniagaan kami yang paling utama - para pelanggan kami.
Di bawah konsep Takaful "Tabbaru", peserta mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan dana risiko untuk membantu peserta lain. Model "Wakalah" kami memastikan peserta akan mendapat manfaat dari keuntungan pelaburan dan pembayaran lebihan dari dana risiko.
Model Takaful IKHLAS membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta untuk digunakan bagi tujuan pelaburan di mana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimun. Ia juga memberikan lebihan dan hasil pulangan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.